Tuesday, August 31, 2010

Sambutan Hari Merdeka

Alhamdulillah..hari ni kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. dan buat julung kalinya aku keluar utk bersama2 menyambut hari bersejarah ini di Dataran Labuan. Lepas sahur terus bersiap2 utk ke dataran. sampai sana dah pukul 7am..aku terus ambik tempat di astaka (actually aku wakil Pengarah). Majlis bermula pukul 7.30 am dirasmikan oleh YB Datuk Hj Yusof Bin Hj.Mahal, ahli Parlimen Labuan.

Acara dimulakan dgn nyanyian lagu Negaraku dan lagu W.P...meremang bulu romaku, berombak2 dadaku waktu menyanyikan lagu keramat ni...bersyukur sangat kerana negaraku Malaysia yg tercinta diberikan keamanan dan kesejahteraan oleh Allah s.w.t...dan bersyukur sangat kerana kita hidup dengan aman, x seperti negara2 lain yg hari2 bergolak, berperang...tak dapat aku bayangkan jika Malaysia akan menjadi seperti itu...cukuplah hanya sekali dan tidak akan ada kedua kalinya. Ya Allah...Engkau lindungilah kami daripada segala malapetaka yg tidak diingini.

Di majlis itu jugak..aku mewakili DOA Labuan utk menerima hadiah kemenangan pertandingan kibarkan Jalur Gemilang...kami dpt tempat kedua...wpn sedikit hampa tp bersyukur sbb kami top 3 drp agensi2 /jbtn kerajaan yg menyertai pertandingan ini.

Terima hadiah drp YB Datuk Hj. Yusof Bin Hj. Mahal




 





Selepas semua acara penyampaian hadiah selesai...semua yg hadir bersama2 menyanyikan lagu Tanggal 31 dan aku lupa yg satu lagi tu, hehehee...bersemangat semuanya!!! Dan aku amat bersyukur...

Merdeka!!!!

No comments: