Wednesday, September 8, 2010

Semuanya Dari Diri Kita!!

It's time to update my blog...
Busy betul 2 3 hari ni tolong my BigBoss urus projek dia...di samping sibuk menguruskan persiapan utk sambut raya yang tinggal 2 hari lagi (kalu jatuh pada hari jumaat laa)..dan raya tahun ni aku rasakan raya yang paling mencabar sebab byk benda2 yg tidak diingini berlaku..berkaitan kerja, manusia2 di sekeliling, keluarga etc...bab kerja, mmg aku terlibat...tp mslh2 berkaitan insan2 di sekeliling ku esp. melibatkan keluarga belah mentua aku malas mau campur...biar mereka setelkan sendiri!!!Lebih baik berdiam diri daripada terlibat dgn masalah seperti ini.

Cuma apa yang aku dapat katakan...semuanya berbalik kepada diri masing2...jika kita punya iman yang kuat dan minda yg normal utk fikirkan baik buruk kejadian, insyaAllah...kita akan dapat menghadapi semua ujian Allah s.w.t dengan tenang. Bukankah semua yang berlaku di dunia ini suda dirancang olehNya..dan merupakan ujianNya???
Sabar saja dan banyak berdoa (bak kata my Mom)..Ibu, terima kasih kerana selalu beri aku motivasi di kala diri ini ditimpa masalah,dan di akhirnya aku dpt terima semua ujian dengan tenang...

Dan lagi...hidup ini mesti ada tolak-ansur dan sentiasa meletakkan diri kita di tempat org lain..dan selalu percaya hidup ini umpama roda..aku cuba untuk menjadi seperti apa yang aku perkatakan...cuma bila tiada persefahaman dan orang tidak tahu menilai dan tak tahu menghargai..aku tak boleh buat apa2..bagi aku, kalau jumpa manusia2 macam ni..JUST LET IT BE!!! Kau buat hal kau, aku buat hal aku dan jangan ganggu hidup aku.. tapi bila kita cuba jd seperti itu, ada insan lain pulak yg tak berpuas hati. Itulah dunia..penuh dengan segala2nya...aku dah biasa melalui benda2 macam ni dan aku cuba belajar dan terus belajar.

Ehh..sebenarnya aku mau cerita pasal raya..tp kenapa jd pakar motivasi pulak ni???hehehe.. persiapan raya ku dah selesai..no more shopping Hafizah!! Baju, kasut, duit raya, kueh raya...semua dah beres. Cuma mau beli barang2 utk juadah di pagi raya sahaja..itu urusan Hubby and his Mom...aku cuma jd tukang masak aja. Begitulah rutin aku setiap kali raya....lagi pun malas laa mau turun bandar time2 mau raya ni..jammm di LD ni mengalahkan KL..aku tak sanggup redah semua tu. Baik duduk rumah buat apa yg patut.

Ok laa...mata dah ngantuk ni...jd sampai sini dulu celoteh aku.

Selamat malam dan selamat bersahur!!


No comments: