Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tinggal 2011..Selamat Datang 2012!

Salam Tahun Baru...


dah 3 hari kita berada di tahun 2012. Syukur kepadaNya kerana diberi peluang utk bersama dgn makhluk2Nya di muka bumi ini untuk meneruskan lagi perjalanan hidup yang kita sendiri tak tahu bilakah kesudahannya..apa2pun aku sendiri bersemangat utk meneruskan lagi apa2 impian yg belum tercapai dan diharapkan 2012 akan menjanjikan yg terbaik buat kita semua dan jgk aku.


2011..banyak perkara2 yang berlaku dlm hidup aku..baik buruk...semua ada. Namun perkara baik yg pernah berlaku dalam hidup aku adalah apabila disahkan mengandung 3 bulan pada 14 Disember 2011 setelah hampir 4 tahun menunggu dengan penuh sabar..aku takkan lupa tarikh tu sampai bila2. Bagi TD,ini adalah hadiah birthday yg paling bermakna buat dirinya...dan aku melalui hari2 itu dengan penuh gembira..ku jaga dengan baik agar budak kerdil di dalam sana membesar dengan baik..namun sapa pun tak bole melawan takdirNya kan..dan tarikh keramat 24 Disember 2011 aku jgk takkan melupakannya apabila budak kerdil yg ku beri nama Hannah Sophea terpaksa dikeluarkan dari dlm perutku kerana doktor dah mengesahkan yg Hannah tak ada jantung walaupun dah berumur 3 bulan...setelah yakin dan doktor telah menerangkan dengan sejelas2nya..aku terpaksa akur..walaupun airmata berlinangan jatuh di pipi mengiringi pemergian Hannah buat selamanya.


Hannah adalah perkara baik dan terindah pernah terjadi dalam hidup aku dan suda pasti dia akan sentiasa berada di dalam ingatan dan doa aku buat selamanya. Hadirnya seketika cuma..namun kesannya hingga ke hari ini..airmata aku pastinya akan mengalir laju bila teringatkan dia..terutamanya di malam hari bila suasana sepi.


begitulah berakhirnya 2011 ku...suka dan duka mengiringi kehidupanku..


dan yang pasti..aku ingin meneruskan 2012 yg baru tiba ini dengan berusaha bersungguh2 mencapai apa jua impianku yang belum tercapai..
Ya Allah...bantulah aku untuk mencapai semua impianku..berilah aku kelapangan dalam apa jua perkara yang bakal aku lakukan..dan jadikan aku hambaMu yang selalu bersyukur dengan apa jua kurniaanMu, amin.

1 comment:

hafizah abdul katha said...

aku rindukan Hannah..al-fatihah!